Wednesday, 7 September 2016


NGEPAN IBAN.
Produk IKS yang saya promosikan ialah pakaian tradisional Iban bagi kaum wanita.
Ngepan digunakan semasa perayaan seperti "Hari Gawai" . Ngepan Iban' atau juga dikenali sebagai Ngepan Indu Iban merupakan pakaian tradisi wanita suku kaum Iban. Asal usul ngepan indu iban dipercayai berasal daripada seorang gadis yang bernama Kumang pada zaman dahulu. Kumang merupakan seorang wanita yang sangat baik dalam kalangan wanita iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang pandai membuat sebarang kerja wanita seperti bertenun, ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu, beliau dahulu bukan sahaja terkenal dengan kecantikan beliau tetapi beliau mempunyai sikap yang baik kepada orang lain.
Kemahiran yang ada pada Kumang telah menghasilkan pakaian tersebut telah menjadi rujukan sebagai pakaian tradisional bagi masyarakat iban. Lengkap dengan perhiasaan perak, tembaga, manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai corak telah menjadikan Kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini.
Cara pemakaian Ngepan Indu Iban ini biasanya mempunyai maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dikenakan. Sekiranya, pengguna yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban dan juga cara permakaian yang salah boleh menyebabkan pemakainya dipandang serong.
Sebagai contoh, sugu tinggi yang digunakan sepatutnya sememangnya tinggi daripada sugu tinggi yang lain. Ini kerana Sugu tinggi yang rendah adalah untuk isteri orang ataupun janda. Selain itu, corak ngepan kain bagi seorang gadis haruslah terang warnanya. Ini menunjukan perempuan tersebut boleh dijadikan sebagai isteri.
Secara keseluruhannya, pengekalan pakaian tradisional ini amat penting supaya generasi masa kini dan hadapan dapat mengetahui budaya pakaian tradisional kaum Iban teruntamanya pakaian tradisional perempuan kaum Iban di Sarawak. Keunikan dan keistemewaan yang ada pada pakaian ini menunjukkan ketinggian budaya sebagai pakaian kebudayaan masyarakat Iban di Malaysia.
Ngepan Iban yang dikenakan semasa perayaan khas seperti Pekit Kumangada, biasanya dipakai lengkap bersama beberapa hiasan seperti:-

  • ·         Sugu Tinggi
  • ·         Tali Mulung
  • ·         Rawai
  • ·         Tumpa Bentuk
  • ·         Buah Pauh
  • ·         Gelang Kaki @ Gerunchung
  • ·         Sementing Buchai
  • ·         Lampit
  • ·         Sementing Ringgit
  • ·         Selampai
  • ·         Tango

Sekiranya anda ingin mendapatkan, menempah atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Ngepan Indu Iban. Sila hubungi :No. Telefon : 01117837255Email : belleglow1494@gmail.comAlamat : Lot 8084, Lorong Suria 5, Jalan Jelita Off Taman Tunku.


             
Bagi memudahkan penempahan, pelanggan boleh terus ke pejabat kami yang berada di Lot 8084, Lorong Suria 5, Jalan Jelita off Taman Tunku di Miri, Sarawak.
TEKNIK PEMASARAN
A)    Produk
Produk yang saya promosikan ialah Ngepan Indu Iban yang merupakan pakaian tradisional orang Iban di Malaysia.
B)    Place
Bagi yang ingin membuat tempahan boleh terus ke alamat yang berada di Lot 8084, Lorong Suria 5, Jalan Jelita off Taman Tunku di Miri, Sarawak.
C)    People/ Participant
Pakaian ini khas kepada kaum wanita yang ingin memiliki ngepan Iban.
D)    Price
Harga satu set pakaian Ngepan indu Iban ini biasanya RM800- RM1200 ke atas memandangkan pakaiaan dijual dengan aksesorinya sekali.
E)     Promotion
Ngepan Indu Iban ini dipromosikan melalui internet, flyers, brosur dan laman sesawang kami (Facebook : Belle Traditional Boutique / Instagram : belleinstaTboutiQue)
F)     Productivity
Pakaian ini dijual kerana reka bentuk dan hasil tenunan kain ngepan adalah sangat teliti dan susah untuk ditenun dan tahan lama.
G)    Physical Evidence
Promosi ini dilakukan dengan brosur, majalah dan dipaparkan di akhbar- akhbar dan laman sesawang kami.
H)    Process
1.      Online
i.                    Pergi ke laman sesawang kami
ii.                  Buat pilihan pakaian tradisional
iii.                Isi maklumat peribadi, buat pembayaran
iv.                Barang akan dihantar melalui pos.
2.      Telefon
i.                    Pergi ke alamat/ pejabat kami
ii.                  Buat pilihan atau kehendak
iii.                Buat pembayaran