NGEPAN
IBAN.
Produk
IKS yang saya promosikan ialah pakaian tradisional Iban bagi kaum wanita.
Ngepan digunakan semasa perayaan seperti "Hari Gawai" . Ngepan
Iban' atau juga dikenali sebagai Ngepan Indu Iban merupakan
pakaian tradisi wanita suku kaum Iban. Asal usul ngepan indu iban dipercayai berasal daripada seorang gadis
yang bernama Kumang pada zaman dahulu. Kumang merupakan seorang wanita yang
sangat baik dalam kalangan wanita iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang
pandai membuat sebarang kerja wanita seperti bertenun, ngebat, membuat anyaman
dan lain-lain. Selain itu, beliau dahulu bukan sahaja terkenal dengan
kecantikan beliau tetapi beliau mempunyai sikap yang baik kepada orang lain.
Kemahiran yang ada pada Kumang telah menghasilkan pakaian tersebut telah
menjadi rujukan sebagai pakaian tradisional bagi masyarakat iban. Lengkap
dengan perhiasaan perak, tembaga, manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai
corak telah menjadikan Kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini.
Cara pemakaian Ngepan Indu Iban ini biasanya mempunyai maksud yang
tertentu bagi setiap perhiasan yang dikenakan. Sekiranya, pengguna yang memakai
ngepan dengan sesuka hati, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada pakaian
tradisional budaya masyarakat iban dan juga cara permakaian yang salah boleh
menyebabkan pemakainya dipandang serong.
Sebagai contoh, sugu tinggi yang digunakan sepatutnya sememangnya tinggi
daripada sugu tinggi yang lain. Ini kerana Sugu tinggi yang rendah adalah untuk
isteri orang ataupun janda. Selain itu, corak ngepan kain bagi seorang gadis
haruslah terang warnanya. Ini menunjukan perempuan tersebut boleh dijadikan
sebagai isteri.
Secara keseluruhannya, pengekalan pakaian tradisional ini amat penting
supaya generasi masa kini dan hadapan dapat mengetahui budaya pakaian
tradisional kaum Iban teruntamanya pakaian tradisional perempuan kaum Iban di
Sarawak. Keunikan dan keistemewaan yang ada pada pakaian ini menunjukkan
ketinggian budaya sebagai pakaian kebudayaan masyarakat Iban di Malaysia.
Ngepan Iban yang dikenakan semasa perayaan khas seperti Pekit Kumangada, biasanya dipakai
lengkap bersama beberapa hiasan seperti:-
- · Sugu Tinggi
- · Tali Mulung
- · Rawai
- · Tumpa Bentuk
- · Buah Pauh
- · Gelang Kaki @ Gerunchung
- · Sementing Buchai
- · Lampit
- · Sementing Ringgit
- · Selampai
- · Tango
Sekiranya anda ingin mendapatkan, menempah atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Ngepan Indu Iban. Sila hubungi :No. Telefon : 01117837255Email : belleglow1494@gmail.comAlamat : Lot 8084, Lorong Suria 5, Jalan Jelita Off Taman Tunku. |
Bagi
memudahkan penempahan, pelanggan boleh terus ke pejabat kami yang berada di Lot 8084, Lorong Suria 5, Jalan Jelita off
Taman Tunku di Miri, Sarawak.
TEKNIK
PEMASARAN
A) Produk
Produk
yang saya promosikan ialah Ngepan Indu Iban yang merupakan pakaian tradisional
orang Iban di Malaysia.
B) Place
Bagi
yang ingin membuat tempahan boleh terus ke alamat yang berada di Lot 8084,
Lorong Suria 5, Jalan Jelita off Taman Tunku di Miri, Sarawak.
C) People/
Participant
Pakaian
ini khas kepada kaum wanita yang ingin memiliki ngepan Iban.
D) Price
Harga
satu set pakaian Ngepan indu Iban ini biasanya RM800- RM1200 ke atas
memandangkan pakaiaan dijual dengan aksesorinya sekali.
E) Promotion
Ngepan
Indu Iban ini dipromosikan melalui internet, flyers, brosur dan laman sesawang
kami (Facebook : Belle Traditional Boutique / Instagram : belleinstaTboutiQue)
F) Productivity
Pakaian
ini dijual kerana reka bentuk dan hasil tenunan kain ngepan adalah sangat
teliti dan susah untuk ditenun dan tahan lama.
G) Physical
Evidence
Promosi
ini dilakukan dengan brosur, majalah dan dipaparkan di akhbar- akhbar dan laman
sesawang kami.
H) Process
1. Online
i.
Pergi ke laman sesawang
kami
ii.
Buat pilihan pakaian
tradisional
iii.
Isi maklumat peribadi,
buat pembayaran
iv.
Barang akan dihantar
melalui pos.
2. Telefon
i.
Pergi ke alamat/ pejabat
kami
ii.
Buat pilihan atau
kehendak
iii.
Buat pembayaran
No comments:
Post a Comment